Selamat Datang, Kami Mengalu-alukan Kedatangan Anda.

Kami Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jamek Jamaiyah Morib mengalu-alukan kedatangan Panel Hakim Pertandingan Pengurusan Masjid Terbaik Selangor untuk Tahun 2010.

Monday, November 7, 2011

Qurban 1432H

Tahniah kepada semua ahli kariah yang telah menjayakan program qurban 1432H.

Aidiladha: Satu Kekurangan Seribu Kelebihan


Semuanya tiada.

Tiada Jualan Murah.

Tiada Lagu Raya.

Tiada rancangan khas di televisyen.

Tiada mercun dan panjut menghias malam.

Segalanya tiada.


Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja.

Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?

Satu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya Takbir, Solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga. Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, bukan hari melakar dosa.

Syukur pada-Mu ya Allah. Aidil Adha masih terpelihara. Masih jauh daripada pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya.

KEKURANGAN YANG SATU

Kekurangannya hanya pada yang satu.

Anak-anak tidak pulang ke desa.

Jika ada pun, mungkin di hari kedua. Kerana komitmen kerja dan tanggungjawab yang tidak mengenal Raya. Kampung halaman kurang menerima kepulangan anak kota.

Namun…

Andai kekurangan itu membolehkan anak-anak menjadi soleh dan terhindar daripada dosa, maafkanlah kekurangan itu duhai sang ayah, duhai sang bonda. Mungkin takbir Aidil Adha sedikit sepi daripada gelak tawa mereka, tetapi jika dengan itu anak-anak bisa lebih patuh kepada yang Esa, maafkanlah kekurangan itu.

Anak yang akan memanjangkan doa selepas matimu, bukan semestinya anak yang selalu pulang, andai pulangnya membawa dosa. Anak yang doanya didengar Tuhan, bukan semestinya anak yang pulang dengan hilai tawa kegembiraan, andai ketawa itu hanya menjauhkan keluarga daripada-Nya.

Anak yang doanya didengar Tuhan, adalah anak yang soleh, anak yang patuh kepada Tuhan. Biar pun di Aidil Adha mereka dan ibu bapa terpisah berjauhan.

Ibrahim jauh daripada keluarganya. Hajar dan Sarah sering jauh daripada suami mereka. Ismail dan Ishak sering berjauhan daripada ayahanda, namun rumahtangga itu memancarkan sejuta kehebatan. Biar tubuh terpisah di ufuk mentari, semuanya hampir, dekat di hati.

Jauh adalah pada jauhnya semua daripada-Nya.

Dekat adalah pada intimnya kita mendampingi Dia.

Justeru pada satu kekurangan di Aidil Adha, maafkanlah anakanda yang kejauhan.

Kerana mungkin dalam kekurangan itu, doa si anak lebih didengar Tuhan.

Maafkan kami wahai ayah dan bonda.

Ampunkan kami wahai Tuhan yang Maha Memaafkan.

Published on November 16th, 2010 Written by: Abu Saif

Monday, February 7, 2011

Sambutan Maulidurrasul

Assalamualaikum...
Ceramah sempena Sambutan Maulidurrasul akan diadakan seperti berikut:
Tempat: Masjid Jamek Jamaiyah Morib.
Masa: Selepas Solat Maghrib.
Tarikh: 15 Februari 2011
Penceramah: Tn. Hj. Nicholas Sylvester
(Pengerusi JK Dakwah IKRAM)
Anjuran: JK Masjid Jamek Jamaiyah Morib & JKKK Kg. Morib & Tali Air
Kepada semua ahli kariah adalah dijemput hadir.

Friday, November 19, 2010

Majlis Berkhatan Beramai Ramai

Jom memeriahkan
" Program Berkhatan Beramai - Ramai "

Tarikh tutup penyertaan pada 3/12/2010.
Terhad untuk 30 orang sahaja.
Yuran RM 10.00 seorang.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :
Morib : Tn. Hj Senat - 013 363 2423 Tali Air: En. Maseri - 012 255 8337 Tongkah: En. Abd jalil - 013 202 2288

Wednesday, February 3, 2010

Nahi Mungkar pada Hari Kekasih

Dikesempatan ini saya menyeru kepada semua ahli kariah Masjid Jamek Jamaiyah Morib supaya bersama- sama dengan Pihak Pengurusan Masjid untuk menjalankan Operasi Mencegah Kemungkaran yang akan diadakan bersama JKKK kampung Morib Tali Air, JKKK Kampung Kelanang, JKKK Kampung Jugra, MPP Zon 24 MDKL, Jabatan Agama Islam Daerah Kuala Langat dan pihak NGO’s. Operasi ini dijalankan berikutan sambutan Hari Kekasih yang dibimbangi akan disambut oleh golongan muda yang beragama Islam di dalam kawasan Kariah kita. Operasi akan dijalankan disekitar Pantai Morib, Pantai Kelanang dan Bukit Jugra.

MENGAPA KITA PERLU LAKUKAN !

Hilanglah nikmat keamanan yang pernah kita kecapi dahulu. Juga mungkin Allah telah menarik balik rahmat keamananNya. Ia adalah satu bala yang besar dalam kehidupan rakyat. Antara punca hal ini terjadi adalah kerana hilangnya penghayatan Al-Amr bi al-Ma’ruf Dan al-Nahy ‘An al-Munkar iaitu menyuruh kepada yang baik dan mencegah mungkar (kejahatan)

Tanggungjawab ini disebut oleh al-Quran dan al-Sunnah begitu banyak. Antaranya Allah menyebut: (maksudnya)
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang dari berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Taubah ayat 71).


Baginda Nabi s.a.w pernah bersabda:
“Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tanganNya, hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, atau nanti Allah akan menghantar azabnya ke atas kamu, kemudian kamu berdoa kepadaNya dan Dia tidak memperkenankan lagi doa kamu” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani). Untuk itu seseorang yang melihat mungkar hendaklah berusaha mencegahnya dengan kadar kemampuannya. Sabda Nabi s.a.w juga: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim).

Satu hakikat yang wajib diingati adalah fungsi utama sesebuah kerajaan itu menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Ini seperti dalam Surah al-Hajj ayat 41: (maksudnya):
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemunkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

Mudah-mudahan Operasi Mencegah Kemungkaran ini mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah S.W.T.

Sebahagian petikan diambil dari tulisan oleh Dr. Asri yang bertajuk Apabila Jenayah Mengambil Tempat Makruf dalam blognya http://Drmaza.com/home
disiarkan pada May 24, 2009 dalam kategori Isu Semasa Terima kasih diucapkan kepada Dr Asri.

-moderator-

Friday, August 7, 2009

Program " Saya Suka Solat"

Assalamualaikum,
satu program berkaitan ibadah solat akan diadakan pada

Tarikh:15 Ogos 2009
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Lokasi: Masjid Jamek Jamaiyah Morib.

Program " Saya Suka Solat" ini dianjurkan oleh MPP Zon 24 yang dipengerusikan oleh Y.A.D. Dato' Raja Hj. Uzair Bin Tengku Zainon Rashid Shah dengan kerjasama AJK Masjid Jamek Jamaiyah Morib. Program ini akan dikendalikan oleh IXC Traning & Consultant. Program ini akan mengenakan yuran pendaftaran sebanyak Rm 5.00. Pendaftaran boleh dibuat pada hari sabtu (15/08/09) di meja urusetia. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. fahmie - 012-2243244.

Monday, June 29, 2009

Ceramah Israk Mikraj

AJK Masjid Jamek Jamaiyah Morib
Menjemput Muslimin dan Muslimat ke :

Ceramah “Israk Mikraj”

Penceramah : Dato’ Haji Ismail Kamus.
Tarikh :17 Rejab 1430 H / 10 Julai 2009.

Selepas Solat Maghrib.

Diharap Ahli kariah dapat bersama - sama menjayakan majlis ilmu ini, Insyaallah.