Selamat Datang, Kami Mengalu-alukan Kedatangan Anda.

Kami Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jamek Jamaiyah Morib mengalu-alukan kedatangan Panel Hakim Pertandingan Pengurusan Masjid Terbaik Selangor untuk Tahun 2010.

Wednesday, February 3, 2010

Nahi Mungkar pada Hari Kekasih

Dikesempatan ini saya menyeru kepada semua ahli kariah Masjid Jamek Jamaiyah Morib supaya bersama- sama dengan Pihak Pengurusan Masjid untuk menjalankan Operasi Mencegah Kemungkaran yang akan diadakan bersama JKKK kampung Morib Tali Air, JKKK Kampung Kelanang, JKKK Kampung Jugra, MPP Zon 24 MDKL, Jabatan Agama Islam Daerah Kuala Langat dan pihak NGO’s. Operasi ini dijalankan berikutan sambutan Hari Kekasih yang dibimbangi akan disambut oleh golongan muda yang beragama Islam di dalam kawasan Kariah kita. Operasi akan dijalankan disekitar Pantai Morib, Pantai Kelanang dan Bukit Jugra.

MENGAPA KITA PERLU LAKUKAN !

Hilanglah nikmat keamanan yang pernah kita kecapi dahulu. Juga mungkin Allah telah menarik balik rahmat keamananNya. Ia adalah satu bala yang besar dalam kehidupan rakyat. Antara punca hal ini terjadi adalah kerana hilangnya penghayatan Al-Amr bi al-Ma’ruf Dan al-Nahy ‘An al-Munkar iaitu menyuruh kepada yang baik dan mencegah mungkar (kejahatan)

Tanggungjawab ini disebut oleh al-Quran dan al-Sunnah begitu banyak. Antaranya Allah menyebut: (maksudnya)
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang dari berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Taubah ayat 71).


Baginda Nabi s.a.w pernah bersabda:
“Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tanganNya, hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, atau nanti Allah akan menghantar azabnya ke atas kamu, kemudian kamu berdoa kepadaNya dan Dia tidak memperkenankan lagi doa kamu” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani). Untuk itu seseorang yang melihat mungkar hendaklah berusaha mencegahnya dengan kadar kemampuannya. Sabda Nabi s.a.w juga: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim).

Satu hakikat yang wajib diingati adalah fungsi utama sesebuah kerajaan itu menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Ini seperti dalam Surah al-Hajj ayat 41: (maksudnya):
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemunkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

Mudah-mudahan Operasi Mencegah Kemungkaran ini mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah S.W.T.

Sebahagian petikan diambil dari tulisan oleh Dr. Asri yang bertajuk Apabila Jenayah Mengambil Tempat Makruf dalam blognya http://Drmaza.com/home
disiarkan pada May 24, 2009 dalam kategori Isu Semasa Terima kasih diucapkan kepada Dr Asri.

-moderator-

No comments:

Post a Comment